Saturday, June 10, 2006

Dr Harussani
Zakaria berkata, program konsert 'Sure Heboh' yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di negara ini tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.


Sebuah akhbar tempatan di sini melaporkan, Harussani menyifatkan program itu tetap haram kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan hiburan serta pergaulan bebas.

"Saya bersedih program itu masih diteruskan dan kini timbul pula Fiesta Hurra yang diterbitkan oleh televisyen milik kerajaan sendiri” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keluarga Islam di Masjid Negeri Perak baru-baru ini.

Menurutnya, program yang diadakan bagi kempen pesta bola sepak Piala Dunia itu sudah bertukar menjadi pesta hiburan dan tarian tanpa mempunyai batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Beliau berkata, sebagai Mufti dan pemimpin Islam, beliau bertanggungjawab untuk membuat kenyataan seperti ini demi menjaga kehormatan umat Islam.
Katanya ketika orang lain sibuk membincangkan masa depan ekonomi, pendidikan dan kebudayaan masing-masing, umat Islam negara ini pula asyik memikirkan tentang hiburan.

Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' adalah haram di sisi Islam kerana ia melalikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.

Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan sesuatu yang melalaikan oleh itu ia wajar dihentikan.

Dalam perkembangan lain, Harussani berkata, umat Islam negara ini juga perlu serius dalam usaha menangani isu murtad kerana ia dikatakan telah membabitkan lebih 100,000 orang terutama remaja Melayu.

Harussani juga berkata, pihaknya juga baru-baru ini menerima surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa 40,000 orang Islam warganegara Malaysia telah memeluk agama mereka.

Umat Islam tidak boleh memandang remeh perkara ini atau bimbang untuk membicangkannya dengan alasan ia sebagai isu sensitif, lapor akhbar berkenaan.
'' Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu '' (Al-Baqarah, 2:120)


ini adalah salah seorang tokoh yang amat samarahan hormati.hujahnya,tokohnya,sabarnya,ibadahnya, semuanya menjadi tauladan kepada diri samarahan sendiri..........muktamar pas ke 52 .

Friday, June 02, 2006

Assalamua'laikum wr wb...........Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu ataupanduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari duniadan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kitadi dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kitadi dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalamkubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kitadipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan olehmungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Kepada sume ikhwah dan akhwat kat maahad dulu.....tak dapat dibayangkan betapa banyaknya kenangan kita...bermula dari 1 Itqan...2 Ikram...3Ikram....4 Sc 1..5 Sc 1 hinggalah ke 6 sejarah....banyak kenangan...
tak dapat juga dilupakan..sahabat2 dalam pengawas,badan dakwah,badan sains dan juga pergerakan pelajar islam kedah...harap,semua dapa menghubungi ana....

Assalamualaikum...
Besyukur ke hadrat Allah swt....akhirnya berjaya juga nak buat blog sendiri....bukan apa..dok tengok orang lain buat maka kita pun nak buat juga..apapun adalah diharapkan blog ini mampu memberi manfaat kepada semua...sebarang komen adalah dialu-alukan....

ni gambo masa kecik2 dulu.ambik kat kota bharu kelate...