Tuesday, July 24, 2007

Hudud

Tahukah anda garisan-garisan di telapak tangan kiri kita menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8? Jumlah kedua-duanya adalah; 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama-nama Allah.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Diharap ianya akan memberi manfaat kepada anda sekalian. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, kemudian Rasullah s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu menghisapnya. Selepas itu barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan langkah pertama dalam proses penghadaman. Mengapa baginda menghisap garam? Ini kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, contohnya, di hospital-hospital, langkah awal merawat keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

2. Cara Rasulullah mengunyah.

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu karbon dioksida, yang apabila bercampur dgn air (H20), akan menjadi (H2CO3) atau asid bikarbonat, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibody yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Bagi lelaki yang belum berkahwin, dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari. Antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit sel antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Selain itu, saya juga ingin berkongsi sedikit maklumat yang telah diberikan oleh guru saya, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Makkah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi. Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendekiawan dari Pakistan dan Arab, mereka mendapati bahawa tempat terletaknya Ka'bah itu sekarang adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk piramid, di mana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada di atas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Wallahu a’lam.